Wednesday, August 3, 2011

Pendedahan KJ Tak Pernah Jadi Orang Tengah Pak Lah - Anwar





Penafian KJ

Khairy Jamaluddin menafikan beliau pernah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan sokongan ke atas legasi pembaharuan dibawa Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum bekas perdana menteri itu meletakkan jawatan.

Ahli Parlimen Rembau memberitahu The Malaysian Insider, beliau tidak pernah bertemu dengan Anwar bagi pihak bapa mertuanya sebagaimana didedahkan oleh kabel diplomatik Amerika Syarikat.

“Abdullah mahukan sokongan tidak belah bahagi ke atas rang undang-undang (yang dibawa beliau). Ia adalah penting bagi beliau dan Umno, undang-undang itu diluluskan,” kata Ketua Pemuda Umno ini.

Portal berita Malaysia Today hari ini menerbitkan maklumat kabel itu, yang memetik Sivarasa Rasiah, Naib Presiden ketika itu dan penggantinya Chua Tian Chang berkata Khairy ada mendampingi Anwar berhubung sokongan ke atas pembaharuan kehakiman sebagai “sebahagian daripada legasi Abdullah.”

Khairy juga menafikan pakej pembaharuan terbabit termasuk Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan merupakan strategi-strategi politik untuk mengetepikan sebarang usaha menggantikan Abdullah sebagai perdana menteri.

“Saya (masih) ingat Abdullah ada meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz agar memberi taklimat kepada semua ahli Parlimen termasuk pembangkang mengenai rang undang-undang itu,” kata Khairy tetapi menegaskan, beliau tidak memainkan sebarang peranan sebagai orang tengah bagi Abdullah dan Anwar ketika itu.

Dalam maklumat kabel diplomat yang didedahkan itu, Duta Amerika Syarikat James R. Keith memberitahu kerajaannya bahawa Abdullah mengekalkan kontak dengan Anwar menerusi Khairy sebelum menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Datuk Seri Najib Razak pada April 2009.

Chua dan Sivarasa didakwa mengesahkan perkara ini ketika mengadakan pertemuan dengan setiausaha-setiausaha politik secara berasingan pada 3 dan 5 November 2008.

Keith juga menulis bahawa pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah juga membuat tanggapan bahawa Khairy bertindak sebagai orang tengah bagi Anwar dan Abdullah untuk bekerjasama.


Anwar Ibrahim adalah sesumpah lidah bercabang...

Manusia bernama Anwar Ibrahim ini adalah satu ‘chamelon’ yang menukar-nukar topeng mengikut situasi. Inilah yang kita panggil pengkhianat bangsa melayu!

Spin MyKad Makan Diri Pembangkang, Azmin, Saifuddin & Zuraida Juga Pemilik IC Merah?


Azmin Ali kod kelahiran 71 adakah Azmin Ali pengundi hantu?

Saifuddin Nasution juga pengundi hantu?

Zuraida Kamaruddin A.K.A Mak Lampir... betul-betul hantu

Seterusnya baca disini.... Aku tak sempat nak mengarang, masa untuk ke ParamKL cari juadah berbuka puasa sambil cuci mata...

Selamat berbuka puasa semua.....

TQ Double Y

Kenapa Ku Li bukan Azmin Ali ganti Anwar?

Agendadaily: Ding Dong pasal ada usaha memujuk veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah menerajui pembangkang tidak tamat walaupun Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan perkara itu.

Ramai tahu pendirian politik Menteri Besar Kelantan itu yang ada masanya jadi lalang dan cakap tidak serupa bikin selain kerap keluarkan ‘fatwa’ sendiri yang memihak PAS dan pembangkang.

Bagi bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari , penafian Nik Aziz itu adalah penafian politik kerana beliau sendiri percaya ada pertemuan dikalangan pemimpin PAS berhubung usaha membawa Tengku Razaleigh atau Ku Li ke dalam pakatan pembangkang.

Anuar melihat usaha pemimpin-pemimpin PAS itu sebagai langkah awal parti itu menolak Anwar yang bakal menamatkan karier politiknya jika disabitkan kesalahan dalam kes liwatnya dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ketika ditanya Agendadaily, kenapa bukan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dipilih menggantikan Anwar sebagai Ketua Pembangkang, Anuar mendakwa Azmin yang juga ahli parlimen Gombak bukan ‘orang besar’ di mata DAP dan PAS.

Katanya, Azmin mengamalkan politik taksub dan hanya akur kepada Anwar sahaja.

“Pemimpin DAP dan PAS tidak melihat Azmin boleh menggantikan Anwar kerana tanpa Anwar kelak, Azmin bukan sesiapa dalam pakatan pembangkang, malah pemimpin PKR sendiri akan menyingkirkannya,” ujar Anuar.

Menurutnya, memanglah kemenangan Azmin sebagai timbalan presiden adalah langkah dan usaha Anwar mahu memastikan Azmin menggantikannya menerajui PKR dan pakatan pembangkang.

Namun, realitinya Azmin hanya bayang-bayang di belakang Anwar dan jika benar Ku Li berjaya dipujuk menerajui pembangkang, orang yang paling panas punggung adalah Azmin.

Menjawab soalan, Anuar bersetuju bahawa pengganti Anwar mestilah daripada kalangan pemimpin pembangkang.

Kalau ambil kira matlamat ketua pembangkang mahu jadi Perdana Menteri, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah pilihan tepat walaupun DAP mungkin tidak senang hati dengan pilihan tersebut.

Mengenai Ku Li pula, Anuar percaya Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu tidak akan mengulangi kesalahan lalu apabila menubuhkan Semangat 46 dan menentang presiden UMNO dalam pemilihan parti.

Beliau tidak nampak bekas Menteri Kewangan itu akan melakukan kesilapan lagi yang boleh menjejaskan reputasi politiknya.

Bagaimanapun, ada pula pihak berpendapat, UMNO tidak perlu takut atau bimbang jika Ku Li menerima pelawaan menerajui pembangkang.

“Kenapa perlu takut dengan beliau sedangkan ada kalangan pemimpin UMNO anggap Ku Li sudah tidak relevan dalam parti,” kata seorang pemimpin yang rapat dengan Ku Li.

Tambahnya lagi, “Jika ada orang lain pelawa, kenapa nak bising. Mungkin mereka fikir Ku Li penting, sebab itu mereka perlukan beliau,”.

Namun pada pendapatnya, bukan sesutu yang mudah bagi Ku Li menerima tawaran itu kerana beliau masih pemimpin UMNO dan ahli parlimen BN.

Mengambil kira semua itu, pemimpin terbabit menyifatkan pendedahan ahli parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim sebagai cakap-cakap politik sahaja.

“Beliau wakil rakyat Bebas maka dia bebas nak cakap apa,” katanya.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin percaya Ku Li tidak akan menerima pelawaan itu terburu-buru.

“Sebab itu beliau tubuhkan NGO Amanah baru-baru ini dengan bawa masuk ramai pemimpin lama BN..Ku Li nak test market,” katanya kepada Agendadaily.

Menurut Zulkifli, kalau Ku Li terimapun pelawaan itu, mungkin kerana merasakan beliau lebih dihargai oleh pembangkang terutama DAP dan PAS yang mahu mengenepikan Anwar.

Pakatan Pembangkang Sokong Group Murtad Dalam Facebook


Ini group Facebook yang menyokong orang Islam yang murtad di Malaysia dan Singapura. Tertulis dalam group tersebut tujuannya iaitu "kumpulan ini terbuka kepada mereka yang murtad dari Islam di Malaysia dan pihak-pihak yang ingin menyumbangkan sokongan moral kepada mereka yang murtad. Objektif kumpulan ini adalah untuk menjadikan sistem sokongan moral kepada mereka yang telah murtad dari Islam di Malaysia".

Group ini jelas sekali mencabar Perkara 3 sebagai agama bagi persekutuan dan menghina kesucian agama Islam pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Didapati banyak ahli parlimen pembangkang dan penyokong BERSIH telah menyertai group yang baru diwujudkan tersebut termasuklah Faekah Husin (Setiausaha Politik Khalid Ibrahim), Lee Boon Chye (ahli parlimen PKR Gopeng), Sim Tze Min (ADUN DAP Pantai Jerjak), Nasir Hashim (ADUN PSM Kota Damansara), Tan Kok Wai (ahli parlimen DAP Cheras), Lim Lip Eng (ahli parlimen DAP Segambut), Boo Cheng Hau (ADUN DAP Skudai), Lee Khai Loon (Ketua Penerangan AMK PKR) dan beberapa orang penyokong BERSIH. Apakah group ini dibuat oleh mereka-mereka ini?

Sesudah rancangan untuk menghuru harakan negara ini dengan perhimpunan BERSIH pada 9 Julai 2011 gagal, ada kumpulan tertentu yang cuba menghina kedudukan agama Islam dalam Facebook. Bila diselidiki, daripada 384 orang yang menyokong kumpulan menyokong murtad tersebut di Facebook majoritinya adalah wakil rakyat pembangkang dan penyokong BERSIH. Pihak berkuasa dan SKMM perlu mengambil tindakan segera untuk menutup group yang menyokong murtad ini. Pihak yang mewujudkan group di facebook ini juga perlu dikenakan hukuman. Penghinaan sebegini sengaja ingin mengguris perasaan umat Islam ketika bulan Ramadhan. Bukan sekadar sokong murtad, tetapi posting dalam group tersebut turut menghina Nabi Muhammad SAW dan ibadah puasa.

Info - Angin Perubahan

6 Ahli PSM Dituduh Miliki Dokumen Subversif Tetap Didakwa


AGENDADAILY: Jangan fikir, bila dah bebas dari Ordinan Darurat, sudah tidak kena dakwaan lain, itu nasib enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) pada Rabu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth bagi menghadapi pertuduhan berhubung pembabitan mereka dalam satu perhimpunan haram dan memiliki dokumen-dokumen subversif tanpa alasan yang sah.

Sebelum ini dibebaskan dari Ordinan Darurat selepas 28 hari ditahan.

Mereka ialah Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj, Sukumaran a/l Munisamy, 50, Letchumanan a/l Aseer Patham, 49, Choo Chon Kai, 33, Sarasvathy a/p Muthu, 58, dan Saratbabu a/l Raman, 25.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa secara niat bersama memberi bantuan kepada satu pertubuhan haram, iaitu "Bersih 2.0" dengan membawa 600 helai salinan fotokopi risalah haram berkenaan.

Bagi pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 48 (1) Akta Pertubuhan 1966, yang dibaca bersama Seksyen 34, Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak lebih RM15,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mereka juga menghadapi pertuduhan alternatif iaitu secara niat bersama telah memberi bantuan dengan membawa 600 helai salinan risalah yang mempunyai tulisan "Perhimpunan Bersih 2.0", bagi tujuan satu pertubuhan haram iaitu "Bersih 2.0" untuk kegunaan perhimpunan "Bersih 2.0" yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 9 Julai pada pukul 2 petang.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM3,000 atau kedua-duanya.

Selain itu, mereka turut hadapi pertuduhan dengan niat bersama membawa dokumen-dokumen subversif tanpa alasan yang sah mengikut Seksyen 29 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di dalam sebuah bas bernombor pendaftaran NAW 6617 di Tol Sungai Dua, Lebuhraya Utara-Selatan, di dalam Daerah Seberang Perai Utara, pada kira-kira 3.30 petang, 25 Jun lepas.

Hakim Ikmal Hishan (Hishan) Mohd Tajuddin menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 bagi setiap tertuduh dan menetapkan 10 hingga 14 Okt ini untuk perbicaraan kes iaitu bersamaan dengan tarikh perbicaraan 23 lagi aktivis PSM yang didakwa sebelum ini atas pertuduhan yang sama.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim dan kesemua tertuduh diwakili peguam Datuk C.V. Prabakaran

SPR Dah Jawab Tuduhan Malaysiakini, JPN Jangan Diam sahaja


Kesilapan yang dinyatakan oleh pembangkang adalah kesilapan JPN, kata pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof kesilapan itu mungkin berpunca akibat kecuaian teknikal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Saya fikir senarai nama PR di laman web JPN adalah senarai lama yang belum dikemaskini,” kata Abdul Aziz dalam SMS bagi menjawab tuduhan portal pembangkang Malaysiakini.

Katanya, hanya rakyat Malaysia yang boleh memohon untuk mendaftar sebagai pengundi.

"PR tidak dibenarkan kecuali Kementerian Dalam Negeri meluluskan permohonan mereka sebagai rakyat Malaysia. Jika tidak permohonan mereka sebagai pengundi secara automatik akan ditolak oleh sistem saringan SPR selepas menyemak status mereka dengan sistem JPN - Agency Link Up System (Alis)," katanya.

Namun, kata Abdul Aziz SPR akan mempamerkan daftar pemilih tambahan yang dikeluarkan setiap empat bulan untuk tatapan umum selama seminggu.

"Pengundi di kawasan itu boleh membantah (jika mendapati ada penyelewengan),” katanya.

Abdul Aziz mengulas kontroversi di mana dakwaan pembangkang sebagai pengundi dan nama mereka tersenarai pada daftar pemilih tambahan yang baru. Status penduduk tetap itu kemudiannya 'dinaik-taraf' sebagai warganegara dalam beberapa jam, mengikut sistem pengesahan online JPN

Mykad Mismah Dedah Pembohongan Malaysiakini


Laporan Malaysiakini yang ditulis oleh seorang penulisnya bernama Kuek Ser Kuang Keng pada 4.05 petang, 2 Ogos 2011 berkaitan seorang penduduk tetap (PR) bernama Mismah telah mendapat kad pengenalan dalam masa 4 jam adalah tidak benar (baca sini). Laporan Kuek tersebut ternyata menyalahi etika kewartawanan dan tidak bertanggungjawab.


Semakan yang telah dibuat oleh blogger Double Y mendapati artikel yang dibuat oleh Malaysiakini adalah tidak benar. Double Y telah membuat semakan terhadap status Mismah yang memiliki kad pengenalan bernombor 640704-71-5238 adalah 'PERMOHONAN YANG SEDANG DIPROSES".


Double Y telah membuat semakan kali kedua dengan Semakan Daftar Pemilih dan mendapati status yang keluar adalah "Tiada Dalam Daftar Pemilih". Ini bukan kali pertama Malaysiakini mengeluarkan artikel yang melanggar etika kewartawanan dan sengaja ingin mencetuskan propaganda murahan agar rakyat marah dengan SPR. Sewajarnya wartawan yang bernama Kuek Ser Kuang Keng dikenakan tindakan terhadap tulisan yang salah tersebut. Artikel tersebut harus ditarik balik. TIndakan mahkamah adalah jalan terbaik untuk mengajar Malaysiakini.

Kesian blogger Pakatan Pembangkang melompat macam beruk kena belacan... mudah sangat diperbodohkan oleh Malaysiakini... hahaha

Ustazah Nurul Izzah Keluarkan 'Fatwa' Baru - Haram PRU-13 Tanpa Reformasi


Kalau Pas ada Tuan Guru Nik Aziz yang terkenal dengan bermacam-macam jenis fatwa terbarunya bagi menutup kesalahan dari puak pembangkang untuk meraih simpati rakyat, kini muncul pula Ustazah baru dari PKR Ustazah Nurul Izzah yang sudah pandai mengeluarkan fatwanya yang tersendiri... Ini semua ajaran dari Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat...

"Adalah tidak bermoral dan haram untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-13 sebelum melaksanakan reformasi pilihan raya yang bebas dan adil". Kata Nurul Izzah, Naib Presiden PKR.

“Pilihan raya yang bersih dan adil merupakan prasyarat di dalam sistem demokrasi yang moden ke arah mereleasasikan mandat sebenar daripada para pengundi untuk memilih kerajaan yang memerintah hari ini.

“Oleh itu, saya ingin menyatakan bahawa jika YAB dan BN dipilih secara bebas dan adil sebagai kerajaan, maka menjadi tanggungjawab saya untuk berkhidmat sebagai pembangkang yang setia kepada negara,” katanya.

Nurul Izzah hendak mencari reformasi dan keadilan yang macammana lagi? Kerajaan Barisan Nasional/ BN bawa Traformasi baru memperkenalkan sistem baru lagi canggih seperti Biometrik Pakatan Pembangkang tolak.

Ternyata sikap menolak pembaharuan oleh pemimpin Pembangkang juga menunjukkan mereka sebenarnya tidak ikhlas didalam mencari jalan penyelesaian ke arah penambaikan sistem pilihanraya negara. Mereka sebenarnya hanya mahu mencari isu untuk memburukkan kerajaan sahaja.

Jika benar kerajaan boleh memanipulasi undi, macammana kerajaan Pas berjaya mengekalkan pemerintahan di Kelantan pada pilihan raya 2004 dengan kelebihan satu kerusi yang beza majoritinya hanya dua undi.

Agak mustahil untuk BN melepaskan Kelantan dengan kemenangan dua undi iaitu di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemumin, Machang?

Mungkin ini yang Nurul Izzah maksudkan... Kerajaan Pas Kelantan tidak bermoral dan haram mengadakan pilihan raya umum ke-13 sebelum melaksanakan reformasi tersebut... al-maklumlah Kerajaan Pas Kelantan agak ketinggalan dan kuno sikit dari segi pemikiran dan pembangunannya.

Sebuah pilihan raya yang adil dan telus di negara ini tidak wajar dipertikaikan kerana sekiranya sistem demokrasi itu boleh dimanipulasi, maka adalah mustahil untuk pembangkang memenangi pilihan raya tertentu.

Yang HARAM DAN TIDAK BERMORAL sebenarnya ialah Pakatan Haram (PR)... Sehingga kini Pakatan Rakyat gagal menjadi sebagai satu parti politik gabungan yang RASMI.

Ku Li Ganti Anwar, Nik Aziz Dicabar Buat Kenyataan Terbuka


Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mencabar Nik Abdul Aziz membuat satu kenyataan rasmi bagi mencabar fakta tersebut dan bukannya berselindung di sebalik nota di laman sosial Facebook.

Beliau berkata, sebagai individu yang tahu hukum-hakam agama dan ditambah lagi dengan kedatangan Ramadan yang suci ini, Nik Abdul Aziz sepatutnya bercakap benar berhubung isu yang didedahkannya sebelum ini.

Pendedahkan gambar Nik Aziz didalam perbincangan bersama anak-anak pemimpin UMNO berhubung perancangan melantik Ku Li ganti Anwar

Pertemuan antara Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Tengku Razaleigh Hamzah berhubung pelawaan pembangkang agar Ahli Parlimen Gua Musang itu menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang memang benar-benar berlaku.

Kebarangkalian Anwar disabitkan bersalah dalam kes liwatnya melibatkan bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan serta isu rakaman video seks membabitkan seorang pelacur, para pemimpin pembangkang terpaksa mencari pengganti Anwar.kebarangkalian Anwar disabitkan bersalah dalam kes liwatnya melibatkan bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan serta isu rakaman video seks membabitkan seorang pelacur, para pemimpin pembangkang terpaksa mencari pengganti Anwar.

Kita tunggu sahaja Pok Nik sahut cabaran Zahrain!

Macam Ada Yang Tak Kena - Dr. Rosti Letak Jawatan NC Unisel Dengan Notis 24 jam!


Datuk Dr. Rosti Saruwono mengambil keputusan meletakkan jawatan selaku Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) dengan notis 24 jam berkuat kuasa esok. Beliau mengesahkan peletakan jawatannya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

"Ada keputusan yang saya tak sanggup laksanakan iaitu untuk melucutkan jawatan tiga pegawai Unisel tanpa proses sewajarnya,” katanya ketika menjelaskan antara punca beliau meletakkan jawatan.

Menurut sumber, Rosti telah diarahkan oleh kepimpinan Unisel untuk melucutkan jawatan tiga pegawai – Pendaftar Rokmaa Mat, Dekan Fakulti Perniagaan Prof Dr Khalifah Othman dan Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat Halid Hasbullah.

Berasal dari Klang, Selangor Rosti pernah berkhidmat sebagai Timbalan Presiden Bahagian Pendidikan Petronas dan rektor pertama Universiti Teknologi Petronas (UTP) sebelum dilantik sebagai Naib Canselor Unisel pada 2 Mac, 2009.

Beliau menggantikan Prof Datuk Dr Mohd Razali Agus yang mengosongkan jawatan itu pada Julai 2008.


Macam ada sesuatu yang tak kena berlaku! Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang. Adakah ini kerja-kerja kroni MB Khalid dan Anwar yang hendak menyingkirkan Dr. Rosti bersama-sama 3 orang pegawai yang lain. Adakah Dr Rosti dipaksa meletakkan jawatan Naib Canselor Unisel akibat tekanan politik!

Semasa baru dilantik, Rosti berkata beliau tidak akan menjadi “Pak Turut” kepada mana-mana pihak dan ingin memastikan institusi pengajian tinggi swasta milik kerajaan negeri itu tidak dijadikan medan berpolitik. Sama-samalah kita tunggu dan lihat nanti apa yang sebenarnya berlaku.

Wasabi Oyabun..

Pemuda Gua Musang Yakin Pada Ku Li

Pemuda UMNO Gua Musang yakin Tengku Razaleigh Hamzah akan terus kekal bersama UMNO biarpun khabar angin mengatakan beberapa pemimpin pembangkang memujuk dan menawarkannya menjadi ketua pembangkang.

Ini kerana mereka menyifatkan Ahli Parlimen Gua Musang itu sebagai pejuang Melayu dan UMNO yang tulen dan tidak akan terpengaruh dengan tawaran pembangkang.

Ketua Pemuda UMNO Gua Musang, Bazlan Baharuddin berkata, Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang selama ini dikenali hanya mempunyai satu hasrat dalam perjuangannya iaitu untuk melihat Melayu dan UMNO selamat serta dihormati.

Beliau mengulas dakwaan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim bahawa Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu dipelawa memegang jawatan ketua pembangkang sebagai persediaan jika Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan bersalah dalam kes liwat yang dihadapinya ketika ini.

Sebelum ini, akhbar melaporkan pakatan pembangkang dilihat membelakangkan Anwar apabila didakwa mempelawa Tengku Razaleigh sebagai ketua pembangkang secara rahsia.

Bazlan berkata, kesetiaan Tengku Razaleigh kepada UMNO tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana pihak.

"Semasa UMNO diharamkan, beliau menubuhkan parti Semangat 46 kerana ingin selamatkan orang-orang UMNO daripada menyertai Pas. Percayalah Ku Li tidak akan sertai pembangkang atau tubuhkan parti pembangkang.

"Hasratnya adalah satu iaitu hanya ingin melihat Melayu dan UMNO selamat serta dihormati seperti dahulu," katanya.


Mahkamah Terima Bungkusan Mengandungi Bom


SARAJEVO 2 Ogos – Mahkamah Presiden Bosnia hari ini menerima sebuah bungkusan yang dipercayai mengandungi bom dan ia melambangkan tekanan berterusan terhadap majlis kehakiman di Balkan.

Pegawai keselamatan mahkamah menemui bom tangan di dalam sebuah bungkusan ketika melakukan imbasan surat-surat harian.

Bungkusan yang dikirim dari bandar Zepce tersebut dialamatkan ke Mahkamah Presiden Medzida Kreso dan penyiasat sudah mengenal pasti identiti pengirim,” kata jurucakap mahkamah, Manuela Hodzic. – Reuters

Berita politik dalam negara... Mahfuz Omar Intai Kerusi MB Kedah

Tuesday, August 2, 2011

Keadaan MB Kedah Azizan Semakin Uzur


Sebelum dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak sejak sebulan lepas kelihatan sangat letih sehingga menyebabkannya menukar rutin tidur.

Setiausaha politiknya Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Azizan yang sebelum ini berjaga sehingga jam 1 hingga 2 pagi, kini terpaksa tidur sejam atau sejam setengah selepas Maghrib.

"Kebelakangan ini dia tidur selepas Maghrib, hingga jam 9.30 atau 10.00 (malam), selepas itu baru dia memanggil saya ke rumah.

"Kalau tak panggil saya, dia akan maklumkan dia nak jumpa si polan si polan di rumah, semuanya berkaitan kerja.

"Keletihannya nampak sangat-sangat. Jam 12 baru selesai," kata Sanusi.

Sehubungan itu, Sanusi yang juga ketua penerangan PAS Kedah berkata setelah bekerja "dari pagi hingga pagi", beliau patut berehat sekejap.

Semalam, kesihatan Azizan yang dimasukkan di IJN di Kuala Lumpur untuk menjalani rawatan serta pemeriksaan jantung, dilaporkan tidak membimbangkan dan berada dalam keadaan stabil.

Azizan yang menghidap penyakit darah tinggi dimasukkan ke IJN Jumaat lalu selepas mengadu sakit jantung.

Memandangkan keadaan kesihatan Azizan tidak mengizikan, sudah tiba masanya beliau berundur dari menjadi Menteri Besar Kedah dan menyerahkan tampuk kepimpinannya kepada pemimpin yang lain.

Dengar cerita Ahli Parlimen PAS Pokok Sena Mahfuz Omar sedang mengintai peluang yang sedia ada? betul ke?

PAS Kedah “Flip Flop” Buka Ruang Mahfuz Omar Jadi MB Kedah

Ibadah Puasa Kini Menjadi Mainan Pakatan Pembangkang

Tak hairanlah.. sebab dua-dua kaki kencing...


Dunia Politik hari ni dah jadi macam dunia hiburan serta lakonan semata - mata.

Kebanyakkan pemimpin puak - puak Pakatan Pembangkang tu semuanya memainkan watak masing - masing berdasarkan skrip yang telah disediakan oleh pengarah.

Siapa pengarah mereka? Siapa lagi kalau bukan Si Ketua Penipu tu. Dia la kepala alam yang mengaturkan segala watak dan lakonan yang perlu dilakonkan oleh mereka.

Tapi sayangnya, mereka tak tahu apa perbezaan dunia lakonan dan dunia nyata. Mereka tak sedar bahawa dunia lakonan ni hanya khayalan semata - mata.

Mungkin sebab mereka dah asyik dibuai dengan alunan 'Populariti' maka sebab itulah mereka tidak mempedulikannya.

Biar la tak berpijak dibumi yang nyata. Yang penting, aku glamour. Mungkin itu yang bermain difikiran mereka.

Dan dengan cara itu juga yang menghalalkan mereka untuk mempermainkan apa sahaja, termasuk kesucian ibadah puasa.

Apa gunanya kalau mereka berpuasa tetapi mereka tidak bertaqwa kepada Allah S.W.T? Hanya sekadar mahu menipu rakyat, itulah tujuannya.

Tidakkah mereka sedar bahawa dalam masa yang sama mereka juga cuba menipu Allah? Sayangnya, perkara ini tidak dijelaskan oleh pemimpin - pemimpin PAS kepada mereka.

Mereka lebih rela 'sahabat - sahabat' mereka menipu Allah daripada memberikan hidayah dan petunjuk ke arah kebenaran.

Tapi, nak buat macam mana ye tak? Kalau dah namanya Penipu Rakyat, apa pun diorang tak peduli. Lagi pun, menipu je yang diorang pandai. Bukan tau buat benda lain!!!

Luahan hati sang -Semut Hitam

Pasti ramai yang ada sejarah sendiri, pengalaman malah cerita lucu sepanjang Ramadan, terutama ketika zaman kanak-kanak. Mungkin juga ada yang mengalami situasi puasa yang-yang yok.. pagi-pagi buka periuk atau pura-pura puasa, sedangkan sebenarnya hati tersenyum lebar dek kerana kekenyangan.

Harap Tian Chua, Ahli Parlimen Batu PKR tidak begitulah... Jangan kerana dek cari publisiti murahan Tian Chua puasa yang-yang yuk...

Ibadat ini bukan sekadar menahan lapar malah mengekang diri daripada segala hawa nafsu syaitan. Baca disini...