Saturday, February 23, 2013

4 Bahang PRU 13 Semakin Panas: Kuli Disebut Ganti Anwar Sebagai Calon PM Pakatan


Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), calon Perdana Menteri pakatan pembangkang masih menjadi tanda tanya, malah portal berita tempatan melaporkan ada usaha menawarkan jawatan tersebut kepada pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah, bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumber Pakatan Rakyat yang dipetik The Malaysian Insider mendakwa satu pertemuan telah diadakan antara pemimpin tertinggi PAS dengan Ahli Parlimen Gua Musang itu bagi menjemput beliau menjadi perdana menteri andai kata pembangkang mentadbir Putrajaya.

Namun sumber itu mengegaskan bahawa pembangkang perlu konsisten dalam isu bakal perdana menteri agar memberi persepsi yang baik kepada rakyat.

“Pakatan perlu ingat, mereka perlu konsisten dalam isu siapa bakal perdana menteri ini. Jangan nanti rakyat nampak kita Flip-Flop,” kata sumber berkenaan.

Turut dilaporkan satu mesyuarat tertutup antara PAS dan PKR telah diadakan Ahad lalu, mendakwa "pemimpin tertinggi PAS mengatakan 'haram' bagi Anwar untuk meminta jawatan perdana menteri", tambahnya.

Pemimpin tertinggi PKR kemudian berkata Anwar tidak pernah meminta jawatan sebagai perdana menteri sebaliknya rakyat yang mengangkat beliau.

"Ini sudah dipersetujui oleh PAS dan DAP semenjak pilihan raya umum 1999,” jelasnya.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan sebelum itu berkata PAS tidak teragak-agak untuk keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya pengabungan itu tidak menguntungkan Melayu dan Islam.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menyatakan sokongan konsisten terhadap Anwar sebagai calon perdana menteri, begitu juga dengan kepimpinan tertinggi DAP.

Namun langkah-langkah untuk menolak Anwar telah dinyatakan secara terbuka oleh akar umbi PAS sejak muktamar parti itu di Kelantan November tahun lalu.

Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini dilaporkan dalam sebuah perbincangan tertutup melibatkan beberapa anggota majlis tersebut menolak Anwar sebagai calon perdana menteri pembangkang dan berkemungkinan melantik calon dari luar bagi menggalas jawatan tersebut.


AntaraPos

4 comments:

Anonymous said...

Anuar is the best for PM
So, good bye BN/Umno

Anonymous said...

Ada lagi manusia bangang dalam pas ...jangan perasan kuat sangat lah......hoi bengong ku Li tu UMNO lah...bodoh punya cadangan....kalau kau orang cadang juga ...inshallah kau orang dapat telo itek....jangan gatal...

Anonymous said...

aku setuju Tengku Razaliegh berjuang dan bertanding bersama PAS atau PR untuk tumbang kuasa syaitan korup UMNO/BN ni yg tak pernah sedar diri sejak 55 tahun lagi itu.......

soal PM itu perkara kedua...... yang penting siapa yang mampu betulkan jalan pemerintahan dan pentadbiran negara serta tadbir urus yang PINCANG ini?
sistem perkhidmatan awam,
sistem pilihanraya,
sistem kehakiman,
sistem akauntabiliti: audit negara, sprm, biro pengaduan awam, PAC, dll.....
sistem perolehan kontrak,
sistem kawalan harga perkhidmatan & barangan asas,
sistem tadbir urus korporat dan glc,....
sistem pendidikan, moral dan sosial,
sistem kawalan imigresyen- PATI,
sistem kepolisan & ketenteraan,
sistem politik demokrasi negara (separation of power, people rights)
dsb,

YM Tengku Razaliegh, anak didik Tun Razak, pakar ekonomi dan ahli politik negara yang berwibawa, memang ada aura yg kuat dalam masyarakat massa diperingkat nasional dan global... jika digabungkan dengan kekuatan people figures DS Anwar, TG Nik Aziz dan DS Abdul Hadi semamngnya satu PASUKAN PIMPINAN RAKYAT yang dipercayai seluruh lapisan rakyat!

Setentunya TS Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Tamrin Ghaffar, dll bekas UMNO akan merasai cita2 AMANAH akan benar2 menjadi realiti!

Itulah harapan politik baru Malaysia agar akan menjadi kenyataan! Allah makbulkan. Insya Allah. Ameeiin!!!!!!!



Anonymous said...

Nak jadi PM mesti masuk dulu dalam salah sati parti-parti dlm pakatan. Mana boleh terjun dan terus angkat macam tu ja. Orang yg dah lama berjuang dari dulu sampai sekarangpun masih banyak lagi. Mereka2 ni lagi setia. Sanggup bermandikan air pancutan "anjing kepala merah", sanggup di kejar dan dipukul oleh "anjing", sanggup berjalan kaki bersama rakyat utk memperjuangkan keadilan. Pemimpin yg tak reti erti kalah walaupun diperas ugut, di hina dan di aibkan, tetapi masih cekal, maka pemimpin yang macam nilah yg kita nak angkat. Bukan macam si Hassan Kayu Jati & Nasharuddin tu. Kalah dlm meebut Naib presiden Parti PASm terus merajuk. Kemudian komen sana=sini tak betul. Sedangkan mesyuarat tak pernah hadir. Jenis manusia yg tak dak pendirian dan gila kuasa macam si Nasharuddin tu memang elok la di terajang keluar dan tak perlu diangkat2 lagi jadi pemimpin.

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates