Wednesday, November 30, 2011
Pemuda Sedia Galas Amanah Sebagai Panglima Perang #PAUMNO
Pergerakan pemuda umno menyambut baik ucapan perasmian Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin, terutamanya penekanan yang diberikaan oleh Timbalan Presiden mengenai perjuangan umno untuk agama bangsa dan negara yang masih lagi releven.
Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata Timbalan Presiden bangkitkan isu -isu yang masih lagi merupakan isu yang menimbulkan kerisauan dikalangan orang melayu kerana beliau mahu ingatkan kepada generasi muda terutamanya pemuda dan puteri Umno perlu bertahan dan perjuangan umno harus di teruskan perjuangan umno supaya bangsa kita terus dibela...
Khairy menyifatkan amanat ini adalah utusan keramat yang terletak di bahu pemuda sebagai generasi muda dalam umno, dan ianya adalah satu tanggungjawab yang begitu besar... untuk memastikan bahawa kelangsungan perjuangan ini dapat diteruskan
Katanya lagi, amanat Timbalan President sangat besar kerana ianya banyak menyentuh persiapan pilihanraya yang gendang perang sudah di palu dan pemuda juga diminta membuat persiapan yang telah dimulakan...
Menurut Khairy, beliau menerima mandat daripada timbalan presiden untuk memastikan jentera pemuda bersedia bila-bila masa...
Timbalan Presiden mengiktiraf pemuda sebagai panglima hulubalang, bagi Khairy ianya adalah satu cabaran dan amanah yang besar serta mengangkat taraf darjat pemuda...
"Jika dalam istilah perang atau tentera, panglima dan hulubalang mempunyai tanggungjawab besar dan satu tugas yang berat.
"Kami (Pemuda Umno) kini bukan lagi pelakon-pelakon sampingan tetapi sebenarnya diberikan tugas di barisan hadapan untuk memastikan kemenangan dalam PRU akan datang," katanya pada sidang media selepas majlis perasmian berkenaan.
Khairy berkata, pengiktirafan itu juga adalah cabaran kepada beliau dan jentera sayapnya serta sebagai satu amanah kerana ia mengangkat darjat dan taraf Pemuda Umno.
"Ia adalah hasil daripada kerja kita selama ini untuk memastikan BN (Barisan Nasional) dan Umno dapat diterima dan menjadi pilihan orang muda.
"(Namun) apa yang lebih penting adalah cabaran akan datang sebelum PRU tentang apa yang kita perlu buat. Rangka dan strategi itu sudah siap cuma perlu dipastikan ia dapat dilaksanakan dan dilunaskan secara sempurna," katanya lagi.
Dalam ucapan Muhyiddin bertajuk "Menunjangi Survival Bangsa: Suatu Jihad", beliau mengiktiraf Khairy sebagai panglima perang dan menggesa Ketua Pemuda Umno itu menggerakkan barisan sayap menjadi benteng parti yang kukuh dan mempersiapkan hulubalang pemuda untuk bertarung dalampeperangan yang paling perit dalam sejarah parti.
"Landskap politik kini adalah milik orang muda. Umno komited untuk memberikan keyakinan, kepercayaan dan ruang kepada generasi muda.
"Kepada pemimpin-pemimpin Umno, berilah laluan kepada generasi muda untuk sama-sama mencurahkan bakti kepada parti. Bimbinglah mereka. Umno tidak akan menjadi parti kekal selama-lamanya tanpa dokongan orang muda," kata Muhyiddin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Marilah kita jadi panglima perang.
Serangggggg :)
Post a Comment