Friday, December 2, 2011

0 Misi Tawan Selangor ! Jangan Tikam Belakang Macam Anwar! #PAUMNO




Antara pembahas hari ini, ialah perwakilan dari Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz.

Beliau memulakan perbahasan dengan membidas kerajaan negeri Selangor yang diterajui Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa terbabit dengan pelbagai salah-laku dan penyelewengan.


“Penjualan aset-aset PKNS dan Yayasan Selangor dipergadai. Dalam manifesto PRU12, mereka berjanji sediakan premis yang cukup dan latih usahawan.

“Sewa premis di bangunan PKNS dinaikkan 300 peratus. Menipu rakyat turunkan cukai pintu kediaman. Penyangak tidak berhenti di situ saja, sekarang nak ambil alih padang awam di Kelana Jaya,” katanya.

Menurut Johan lagi, kerajaan Pakatan di Selangor tidaklah sehebat mana dan Umno Selangor telah bermuhasabah setelah kekalahan pedih semasa pilihan raya umum 2008 yang lalu. Dakwanya, mereka kini sudah nampak jalan untuk rampas kembali negeri ini.

“Kami di Selangor amat rasa pedih akibat kalah pada PRU12. Kami cemburu dengan negeri-negeri yang menang, rasa tersiksa di bawah pembangkang. Kami sudah bermuhasabah dan sudah nampak jalan untuk rampas kembali negeri ini.

“Pembangkang tak hebat pun. DAP yang rasis, PKR dengan masalah peribadi pemimpin dan PAS yang tidak tetap pendirian. Pembangkang boleh perlekeh Sultan," katanya.


Menurut beliau lagi... Pusat-pusat maksiat tumbuh “macam cendawan tumbuh musim hujan” di bandar-bandar utama seluruh Selangor.

“Selangor lubuk maksiat. Lesen hiburan dulu 400 sekarang 4,000 lebih. (Ini belum lagi jumlah) rumah urut, pusat video game.

“(Rakyat) miskin bandar dan luar bandar masih ketara. Saya nak cadangkan jika benar nak kembalikan Selangor dan negeri-negeri yang tewas, kerajaan perlu dan wajib melipatgandakan peruntukan,” katanya.

Menurut Johan, bagi merampas semula Selangor, ahli Umno dan juga komponen BN tidak harus menikam belakang manakala kerjaan pusat perlu meningkatkan peruntukan kepada negeri itu.

“Kalau nak menang jangan tikam belakang, jangan main belakang. Saya pastikan rakan-rakan negeri Selangor berpendirian yang sama. Selangor tak main belakang, yang pasti kami tikam dan main depan, bukan belakang,” katanya sambil disambut gelak ketawa perwakilan.

Anwar Sorang je yang suka tikam belakang hahaha!

0 comments:

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates