Thursday, October 14, 2021

Ebit Lew Kembali Melakukan Kerja Amal Termasuk Ziarah Elyana



Pendakwah terkenal, Ebit Lew sebak apabila dapat menziarah penyanyi Elyana yang sudah 10 tahun menghidap kanser Limfoma dan baru sahaja menjalani sesi kedua kimoterapi. 


Ramai yang meluahkan rasa simpati dan mendoakan untuk penyanyi lagu 'Kalis Rindu' ini termasuk Ustaz Ebit. Pendakwah ini dilihat telah mengunjungi rumah Elyana. 



Kata Ebit, Elyana seorang yang kuat dan sentiasa mengucapkan syukur disamping suaminya yang setia ada menemaninya.


"Sebak rasa ziarah @elyanaofficial1 suami dan anak-anak. Beliau ceria dan senyum walau kanser yang dilaluinya berat.


 Subhanallah. MasyaAllah betapa kekuatan dan kebaikan Elyana dan keluarga. Suaminya seorang yang baik dan kuat. 


Katanya syukur mendapat suami baik yang sudi menemannya dalam keadaan senang dan susah. Katanya setelah melaluinya ini semua ustaz. Saya rasa bahagia dan menikmati ujian ini. Rupanya syukur ubat paling mujarab. Terima kasih pada Allah. 





"Ulang kali beliau dan suami ucap terima kasih. Syukur dapat doa dan semangat dari ustaz. Saya sentiasa ikuti cara dakwah ustaz. Dengar ustaz nak sampai terus gembira dan tak sabar nak jumpa. 


"Syukur pada Allah. Beliau menjadi asbab kekuatan buat ramai rakyat Malaysia yang diuji dengan kanser dan ujian hidup. 


InsyaAllah kita sama-sama doakan buat Elyana Allah beri sihat sembuh padanya. Kekuatan dalam melaluinya. Semua ujian hanya kerana Allah sayang," kata Ustaz Ebit di Instagram. 

No comments: