Thursday, October 14, 2021

Hairul Azreen & Hanis Zalikha ‘holiday’ ke pulau naik helikopter level kayangan - Netizen

 


Tidak perlu berpusu-pusu menempah tiket penerbangan untuk bercuti sejak rentas negeri dibenarkan, pasangan selebriti Hairul Adzreen dan Hanis Zalikha mencuri perhatian netizen dengan menampilkan percutian mewah penuh bergaya.


Sejak semalam tular video pasangan selebriti, Hanis dan Hairul yang membawa anak-anaknya bagi menikmati percutian tanpa perlu bersesak-sesak di lapangan terbang.


Difahamkan Hairul menempah sebuah helikopter untuk percutian ke sebuah pulau.




Menerusi perkongsian di Instagram, Hairul turut memberitahu percutian itu adalah yang pertama buat anak perempuan mereka iaitu Alisa Aisyah akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) .


Dalam pada itu, Hanis turut berkongsikan video di Instagram berada di dalam helikopter dalam perjalanan menuju ke pulau percutian mereka.


Perkongsian pasangan itu mendapat pelbagai reaksi di kalangan rakan artis dan netizen yang teruja dengan percutian mewah keluarga itu.


“Alisa pertama kali bercuti, baby MCO,” tulis Hairul diruangan komen.


Sementara itu, rakan artis dan peminat turut teruja melihat gaya percutian mewah pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 2015 itu.


“Another level ya. Happy holiday abang dan family,” tulis pelakon Elvina Mohamad.


Perjalanan ke pulau tersebut mengambil masa selama satu jam 20 minit kongsi Hairul menerusi sebuah lagi video di InstaStory.


Namun, Hairul tidak mendedahkan lokasi pulau yang menjadi destinasi percutian mereka sekeluarga.




No comments: