Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerima ucapan penghargaan daripada Ketua Pengarah Pertubuhan kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus.
Dr Tedros menyampaikan ucapan terima kasih kepada Khairy atas kepimpinan dan galakan untuk menyuarakan mengenai isu kesihatan mental.
Dalam ciapan di Twitter, Dr Tedros turut menyuarakan mengenai nilai kebersamaan kita mendepani kesihatan mental.
Khairy turut membuat hantaran balas penghargaan kepada kepimpinan Dr Tedros di peringkat global.
Menurut Khairy, kita mesti memastikan rawatan kesihatan mental boleh diakses oleh setiap lapisan masyarakat.
Stigma untuk mendapatkan bantuan juga perlu ditangkis dalam masyarakat.
Ini kerana jelasnya ramai individu yang menanggung masalah ini dalam senyap.
Pada Ahad lalu, Khairy menjelaskan kerajaan sedang berusaha mengubah stigma melibatkan penyakit mental bagi memastikan golongan yang terkesan mendapat peluang rawatan dan dibantu tanpa perlu dipandang serong dan dikenakan tindakan undang-undang.
Ia termasuk usaha melakukan beberapa perkara termasuk meminda undang-undang sedia ada berkaitan penyakit mental. Untuk maklumat lanjut layari www.infosihat.gov.my/let-s-talk-minda-sihat.html
Thank you for your leadership and for encouraging the people of #Malaysia to talk about #mentalhealth, Health Minister @Khairykj. Together, for quality mental health care for all! #WorldMentalHealthDay https://t.co/n9691ujlai
— Tedros Adhanom Ghebreyesus (@DrTedros) October 10, 2021
No comments:
Post a Comment