Sunday, October 10, 2021

Rentas negeri dibenarkan bermula esok

 


Kerajaan memberi kebenaran rentas negeri kepada individu lengkap vaksinasi bermula esok, selepas kelonggaran kebenaran merentas negeri yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.


Menurut Ismail Sabri, peratusan rakyat Malaysia dewasa yang lengkap divaksinasi telah mencapai 90 peratus.



Perdana Menteri mengumumkan khabar gembira itu dalam sidang media khas hari ini.


Selain itu, Ismail Sabri turut mengumumkan, sempadan negeri di seluruh negara dibuka serentak mulai esok, selepas kadar vaksinasi populasi dewasa melepasi 90%.


“Rentas negeri dibenarkan bermula esok. Pergerakan termasuk pulang ke kampung. Saya percaya ramai tertunggu pengumuman ini,” katanya dalam sidang media khas hari ini.


Menurut beliau, dengan keputusan tersebut, Keluarga Malaysia bebas melakukan  pergerakan terutama balik kampung berjumpa ibu bapa yang telah lama berpisah, melancong dan sebagainya.

No comments: