Monday, October 11, 2021

Ini Jawapan KJ Dua Kali Buat “Spot Check” dan Rentas Negeri!


Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberi penjelasan buat “spot Check” dua kali di hospital, ini kerana beliau ingin mengetahui keadaan dan situasi di hospital tersebut.


Terdahulu beliau membuat lawatan mengejut ke Hospital Kajang, Selangor baru-baru ini, sekali lagi melakukan perkara yang sama di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban.


Mengulas kebenaran rentas negeri diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ahad., Khairy berkata, tanggungjawab kini terletak pada anda, rakyat Malaysia!


Menurut Khairy, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah melakukan pelbagai persediaan sekiranya berlaku peningkatan kes yang mendadak.


Begitupun, tegasnya, beliau berharap rakyat Malaysia memastikan mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP) supaya kenaikan kes tidak lagi berlaku.


“Saya ingin tekankan bahawa walaupun rentas negeri dibenarkan, kita harus sentiasa mematuhi kepada semua langkah-langkah kesihatan awam.


“Bahkan kita perlu terus amalkan SOP dengan lebih ketat, dengan lebih meluas juga dan kita harus pastikan kita mengingatkan orang lain juga untuk mematuhi SOP,” ujarnya.


No comments: