Thursday, October 14, 2021

Tular Video Lelaki Solat Di Tengah Jalan, Polis Trafik Turun Kawal Lalu Lintas


Sebuah video yang memaparkan tindakan seorang lelaki nekad bersolat di tengah jalan raya telah menjadi tular di media sosial.


Kejadian dipercayai berlaku di Jalan Kuching semalam.


Video yang berdurasi selama 29 saat itu memaparkan seorang lelaki sedang bersolat di atas jalan raya sambil tidak menghiraukan keadaan sekeliling.


Anggota polis trafik yang berada di situ terpaksa memantau lalu lintas yang sesak itu gara-gara tindakan lelaki tersebut.


Tindakan anggota polis trafik berkenaan juga turut meraih pujian ramai kerana menunggu lelaki tersebut selesai solat sambil mengawal lalu lintas di jalan berkenaan.


Video berkenaan mendapat lebih 162,000 tontonan dan dihujani lebih 2,300 komen di media sosial Facebook.


Salah seorang pengguna Roshahan Soltan berkata, walaupun yang solat di tengah jalan itu orang ‘gila’ tetapi tindakan anggota polis yang tidak memberhentikan solat lelaki itu harus diberi pujian.


“Orang gila lah itu, tapi bagusnya abang polis trafik itu tetap hormat dekat dia, anggota-anggota itu biarkan dia habiskan solat dulu sambil mereka jaga keselamatan lelaki itu, polis Malaysia memang terbaik,” jelasnya.


Sementara itu, Andy Ahmad berkata, perbuatan lelaki itu seperti memberi peringatan kepada orang ramai agar menunaikan solat tanpa sebarang alasan walaupun dia dikategorikan ‘tidak sihat’.


“Yang diangkat sebagai ‘tak sihat’, sedang mengerjakan suatu amalan yang paling diwajibkan di dalam dunia, walaupun tak kena tempat tetapi tetap ada beberapa pengajaran di situ,” ujarnya.

1 comment:

Anonymous said...

Orang mentol tu tarik je ke tepi...apa nak jaga lalulintas..hahaha