Friday, August 5, 2011

Anwar Arahkan Blogger Pakatan Spin Tuntut 5 Saksi


The Unspinners – Anwar telah keluarkan arahan kepada semua bloger pro pakatan supaya beri tumpuan untuk memainkan isu permohonannya kepada mahkamah untuk sapina 5 saksi ke mahkamah.
Dia mahu semua portal pro pembangkang, blog-blog dan sosial media semua hanya mainkan isu ini selama tiga hari hingga hari Isnin Aug 8hb dimana hakim akan memberi keputussan.

Saksi yang dikehendakinya adalah Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak, isteri Ddatin Seri Rosmah Mansor, bekas IGP, Tan Sri Musa Hassan, SAC Rodwan dan tuan rumah Hasanuddin.

Tiada sebab dan kaitan langsung dengan kes dan salahlaku liwat oleh Anwar untuk memanggil kelima saksi ini melainkan untuk tujuan menangguh lagi kes liwat dan mempolitikkan proses bela diri.

Harap blogger-blogger dan aktivis osial media serta meddia perdana memberi respons yang berpatutan kepadaa sandiwara Anwar di mahkamah.

Berilah prioriti kepada isu ini kerana Anwar sedang berusaha untuk cuba membuat kempen besar-besaran bagi mempengaruhi dan mengenakan tekanan kepada hakim.

Dedahkan taktik mereka, dan penipuan dan putarbelit merka.

Kempen kita adalah untuk mengulang kata-kata mendiang hakim Dato Paul Augustine, NOT RELEVANT ketika hadapi kerenah Anwar. Fahamkan orang ramai bahawa saksi ini tidak ada relevent dengan terjumpa DNA Anwar di jubur Saiful.

Anwar harus fokus menjawab fakta ini dan tidak membawa saksi untuk disiasat bagi perkara yang tiada kaitan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

2 comments:

Anonymous said...

Anwar sehingga kini masih takut untuk bersumpah di masjid. kenapa ya?

Majid Yahya said...

apa kaitan 5 (saksi konon) dgn kes. Harap mahkamah tolak langsung tuntutan dia ni.