Friday, August 5, 2011

Exco Kedah Terima Peluru Dan Surat Ugutan


Seorang anggota Exco Kerajaan Kedah (PKR), Lim Soo Nee menerima kejutan terbesar dalam kerjaya sebagai ahli politik pagi tadi apabila menerima sehelai sampul surat berisi sebutir peluru dipercayai M-16 dan surat berbau ugutan.

Lim yang juga ADUN Kulim dari PKR menerima barang berkenaan ketika menaiki tangga dan terjumpa di atas tangga jam 9.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kulim, Supretendan Ghuzlan Salleh mengesahkan kejadian tersebut.

Ghuzlan berkata nota itu antara lain mengandungi rasa tidak puas hati terhadap dua pembantu Lim yang menerima anugerah kebesaran sempena ulang tahun keputeraan Sultan Kedah baru-baru ini.

Pihak terbabit juga mengugut Lim agar tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang, kata Ghuzlan.

Beliau berkata polis kini mengesan dua lelaki yang dipercayai terbabit dalam penghantaran surat ugutan tersebut.

Kedua-dua lelaki berkenaan dikenal pasti menerusi rakaman kamera litar tertutup yang dipasang di pejabat Adun berkenaan, katanya.

1 comment:

Anonymous said...

lps ni tuduh umno yg buat... padahal DAP yg hantar!