Tuesday, October 12, 2021

Ahmad Faizal (Peja) nafi telah kahwin dengan Erra Fazira!



Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan beliau merupakan ahli politik yang dikaitkan dengan khabar angin telah berkahwin dengan selebriti terkenal, Erra Fazira.


"Tak betul," jelas Ahmad Faizal yang juga Ahli Parlimen Tambun kepada Media.


“(Selama) 51 tahun hidup, saya pertama kali dapat soalan begitu dan saya sebenarnya pernah bernikah sekali. Itu pun dengan isteri saya dan saya amat bahagia dengan isteri dan anak-anak saya” katanya.


Menurut bekas Menteri Besar Perak itu lagi, beliau enggan mengulas lanjut mengenai khabar angin itu.


“Cerita ini dah keluar dari zaman saya menteri besar lagi,” katanya.


Nama Erra kembali tular selepas didakwa telah berkahwin dengan seorang ahli politik yang juga menteri.


Desas-desus tersebut dibangkitkan seorang pengguna twitter yang mendakwa pelakon jelita itu kini bergelar isteri kedua menteri berkenaan.


Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengarah Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 namun berpisah pada 2006. Kemudian mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada 2007 namun bercerai pada 2014.


Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya kini berusia 12 tahun.


Berita terdahulu : Erra Fazira jadi isteri kedua ahli politik… Betulkah Peja?

1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.