POLITIK HARIAN: JAIS Serbu Gereja DUMC : Hukum Masuk Gereja Mengikut Ulama Agama Kita

Saturday, August 6, 2011

JAIS Serbu Gereja DUMC : Hukum Masuk Gereja Mengikut Ulama Agama Kita



Panglima Perang Cyber:
Untuk tidak mengelirukan maka sayugia pandangan ulama di bawah ini digunakan agar tidak ada kekeliruan di kalangan masyarakat tentangnya.

Ini kerana ada orang menolak pandangan ulama sehingg salahlah langkahnya dalam memperlekeh tindakan JAIS yang menyiasat aduan orang Islam dibawa masuk ke dalam gereja.

Sila perhatikan dalil di bawah agar rakyat tidak berkecamuk kerana persoalan ini.

Hukum masuk gereja :-
Hukum Masuk Ke Gereja Hukum dasar seorang muslim masuk ke gereja adalah mubah atau boleh. Namun bila di dalamnya sedang diadakan upacara keagamaan, maka kita diharamkan hadir di dalamnya. Meski pun ada juga yang tidak mengharamkannya.
Namun para fuqoha berbeza pendapat tentang hukum seorang muslim memasuki gereja.

1. Yang Memakruhkan
Ulama di kalangan mazhab Al-Hanafiyah menyatakan bahawa makruh hukumnya seorang muslim memasuki gereja atau tempat ibadah orang kafir.
Sebab tempat tersebut merupakan tempat berkumpulnya syaitan bukan kerana seorang muslim tidak mempunyai hak untuk memasukinya.

2. Yang MembolehkanPara ulama di kalangan mazhab Malikiyah dan Hanabilah serta sebagian ulama Syafi'iyah berpendapat bahawa seorang muslim diperbolehkan memasuki gereja atau tempat ibadah orang kafir lainnya. Tapi sebahagian yang lainnya mensyaratkan harus ada izin dari mereka yang menggunakan tempat tersebut. Keterangan seperti ini boleh kita baca pada kitab Kasyful Qana' jilid 1 halaman 294 serta kitab Hasyiyatul Jamal jilid 3 halaman 572. Oleh karena itu hukum memasuki gereja seperti halnya untuk menghadiri perkawinan atau bertugas melakukan pekerjaan tertentu, bukanlah sesuatu yang diharamkan. Asalkan selama orang muslim tersebut tidak melaksanakan hal-hal yang bertentangan dengan aturan-aturan agama. Meskipun demikian, sebaiknya dia tidak melakukannya (masuk ke gereja) kecuali jika perlu dan mendesak.

Yang Mutlak DiharamkanSedangkan hukum memasuki tempat ibadah orang kafir pada saat mereka sedang merayakan hari agama mereka adalah haram. Sahabat Umar bin Al-Khattab ra berkata:
"Janganlah kalian memasuki tempat ibadah orang kafir pada saat mereka sedang merayakan hari agama mereka, kerana kemarahan Allah akan turun kepada mereka."

tulisan di atas dipetik dari sini :

http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/2010/03/hukum-orang-islam-masuk-gereja.html


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

3 comments:

Anonymous said...

Mantap! PAS akan tunduk kepada desakan DAP! aku percaya perkara ini akan berlaku!

Anonymous said...

KENAPA KHALID IBRAHIM TERGESA-GESA MINTA MAAF? ADA UDANG DISEBALIK BATU SEBENARNYA!

Anonymous said...

kita kan satu malaysia maa . kalau cina india boleh masuk Islam kenapa melayu tak boleh masuk kristian, buddha atau Hindu.Satu Malaysia makananya kita ada hak yang sama.Inilah jadinya ikut perlembagaan Penjajah, perlembagaan Kafir. Naka sangat pilihanraya. Hoi pilihanraya tu ikut perlembagaan kafirlah , bukan hukum Islam. PAS pun bebal juga, yang dok tumpang dalam pilihanraya tu buat apa? MELAYU UMNO, PAS,PKR DLL sama saja.. masuk jerat penjajah. kalu tak ikut hukum Allah inilah jadinya.Negara Islam apakebenda jadi pengeluar babi terbesar, ada kasino terbesar, lesea arak berleluasa. Bagi tau kat sikafir tu, lu mau minum, minum kat rumah lah, kafir tu pun tak belajar agama juga.Agama manapun melarang kepada perkara2 yang mendatangkan kemudaratan. Yang dia orang amal hanya budaya, bukan agama.