Wednesday, August 3, 2011

Pendedahan KJ Tak Pernah Jadi Orang Tengah Pak Lah - Anwar





Penafian KJ

Khairy Jamaluddin menafikan beliau pernah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan sokongan ke atas legasi pembaharuan dibawa Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum bekas perdana menteri itu meletakkan jawatan.

Ahli Parlimen Rembau memberitahu The Malaysian Insider, beliau tidak pernah bertemu dengan Anwar bagi pihak bapa mertuanya sebagaimana didedahkan oleh kabel diplomatik Amerika Syarikat.

“Abdullah mahukan sokongan tidak belah bahagi ke atas rang undang-undang (yang dibawa beliau). Ia adalah penting bagi beliau dan Umno, undang-undang itu diluluskan,” kata Ketua Pemuda Umno ini.

Portal berita Malaysia Today hari ini menerbitkan maklumat kabel itu, yang memetik Sivarasa Rasiah, Naib Presiden ketika itu dan penggantinya Chua Tian Chang berkata Khairy ada mendampingi Anwar berhubung sokongan ke atas pembaharuan kehakiman sebagai “sebahagian daripada legasi Abdullah.”

Khairy juga menafikan pakej pembaharuan terbabit termasuk Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan merupakan strategi-strategi politik untuk mengetepikan sebarang usaha menggantikan Abdullah sebagai perdana menteri.

“Saya (masih) ingat Abdullah ada meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz agar memberi taklimat kepada semua ahli Parlimen termasuk pembangkang mengenai rang undang-undang itu,” kata Khairy tetapi menegaskan, beliau tidak memainkan sebarang peranan sebagai orang tengah bagi Abdullah dan Anwar ketika itu.

Dalam maklumat kabel diplomat yang didedahkan itu, Duta Amerika Syarikat James R. Keith memberitahu kerajaannya bahawa Abdullah mengekalkan kontak dengan Anwar menerusi Khairy sebelum menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Datuk Seri Najib Razak pada April 2009.

Chua dan Sivarasa didakwa mengesahkan perkara ini ketika mengadakan pertemuan dengan setiausaha-setiausaha politik secara berasingan pada 3 dan 5 November 2008.

Keith juga menulis bahawa pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah juga membuat tanggapan bahawa Khairy bertindak sebagai orang tengah bagi Anwar dan Abdullah untuk bekerjasama.


Anwar Ibrahim adalah sesumpah lidah bercabang...

Manusia bernama Anwar Ibrahim ini adalah satu ‘chamelon’ yang menukar-nukar topeng mengikut situasi. Inilah yang kita panggil pengkhianat bangsa melayu!

3 comments:

Anonymous said...

lawan tetap lawan! pemuda tetap memberi sokongan padu kpd KJ. laknatullah Anwar Ibrahim!

Anonymous said...

Anwar Memang Drama King...king kong pun kalah

Anonymous said...

kj pun sama berlakon dgn anwar..kj liabiliti pd umno...main duit masa bertanding dulu..aku slh seorang perwakilan tahulh cara kj arahkan budak2 dia..pemimpin pemuda yg gagal...exco pun ramai tak menyokong...erm..berhenti jelah politik kau kj..