Ketua Penerangan Puteri UMNO Selangor, Hanimasra Marhani membidas kerajaan negeri terpaksa memperkenalkan slogan baru dalam usaha menarik perhatian selepas menyedari sokongan rakyat terhadap kepimpinan sedia ada semakin merosot.
Pelancaran `Selangor Ku’ oleh kerajaan Selangor baru-baru ini hanyalah sebuah program syok sendiri kerana apa yang dilakukan itu, tidak sampai sehingga ke peringkat bahawan rakyat Selangor.
“Program ini hanya program politik pembangkang, mereka gunakan kerajaan negeri untuk kembalikan sokongan rakyat terhadap mereka, mereka cuba menutup kelemahan yang dilakukan sejak memerintah Selangor,” katanya kepada Umno-Online.
Hanismara berkata, jika benar pihak media tidak bekerjasama dengan membantu mempromosi Selangor Ku, sudah pasti ramai rakyat negeri itu tidak mengetahui sedangkan beliau mengetahui perkara itu melalui laporan media.
“Saya dapat tahu progam ini, melalui surat akhbar selepas membaca akhbar, macam mana Menteri Besar boleh mengatakan media tidak membantu, semua ini hanyalah alasan mereka jika program itu tidak menadapat sambutan.
“Sebelum ini, kerajaan negeri ada melancarkan program serupa yang dikenali sebagai Merakyatkan Ekonomi Selangor, namun program itu tidak mendapatkan sambutan kerana tidak ramai yang tahu mengenai program itu,” katanya.
Jika kerajaan Selangor ikhlas untuk mendekati rakyat, mereka harus menunaikan segala janji yang dibuat sebelum ini, jangan ketika tiba musim pilihan raya baru mereka sibuk dengan pelbagai program untuk rakyat.
5 Penampar Tapak Tangan Untuk Khalid Ibrahim, Azmin Ali dan Hassan Ali
3 comments:
Rakyat masih ingat bagaimana hasil pasir negeri diselewengkan oleh Khalid
Aku ingat lagi sampai arini, aku tak pyh bayar bil air sejak PR ambil alih Selangor & KL. Dah byk duit aku yg berlebih ni, bilalah BN nak take over balik...huh??
Saya rakyat Selangor dah muak dengan telatah si Khalid ini, tepi jalan nampak muka dia, dalam Selangor Kini di merata surau dan masjid pun muka dia. Tapi lepas satu satu masaalah timbul;yang akhir sekali tutupnya Asrama Tun Doktor Ismail dan Toh Puan Norashikin. Saya bekas guru di sini dulu.
Post a Comment