Friday, August 5, 2011

Ada Konspirasi Untuk Menjatuhkan Azmin Ali Dalam PKR


Kenyataan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail hari ini menyokong teori saya bahawa terdapat konspirasi untuk menjatuhkan Naib Presiden PKR Azmin Ali tersebut.

Hari ini juga secara terang Kak Wan menembak tepat kemuka Azmin Ali dengan meyatakan bahawa Azmin masih belum matang. Ini bermakna cita-cita Azmin untuk mengantikan Anwar Ibrahim tidak mendapat restu dari Kak Wan.

"Dia masih muda dan jika anda bandingkan dia dengan (bekas timbalan presiden) Senator Syed Husin Ali, tentulah ada perbezaan umur dan juga pengalaman. Tapi berilah masa, dia akan matang." kata Kak Wan.


Katanya lagi,"Azmin pun sememangnya seorang pemimpin kanan dan dia telah mencapai kedudukan kedua tertinggi, jadi saya rasa berilah masa supaya lebih berpengalaman," katanya lagi yang berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan Azmin setakat ini. 

Ini bermakna Azmin tidak layak mengantikan Anwar kerana Azmin masih kurang pengalaman dalam percaturan politik masa kini oleh itu Kak Wan harus mencari penganti yang sesuai untuk mengantikan Anwar sekiranya Anwar didapati bersalah didalam kes liwatnya.


Kebangkitan Azmin yang cepat dalam PKR menarik perhatian ramai termasuklah anak Anwar, Nurul Izzah... Nurul Izzah sememangnya tidak mempunyai masalah dalam gandingannya bersama Azmin namun pada raut wajahnya jelas menunjukan bahawa Nurul tidak mempercayai Azmin dengan sepenuhnya.

Sekiranya Azmin berkuasa adakah Azmin akan meneruskan perjuangan dalam mencari keadilan kepada Anwar? Kesetiaan juga boleh dilacurkan apabila sifat tamak menghantui diri seseorang itu dan ianya pernah terjadi pada Azmin apabila ada tindakan wakil rakyat PKR yang bertindak keluar parti sebelum ini kerana Azmin.

PKR harus menerajui Ketua Pembangkang supaya perjuangan mereka tidak lari dari landasan asalnya dan mereka masih menganggap bahawa Anwar Ibrahim pasti akan menjadi Perdana Menteri satu hari nanti.

Oleh itu ada usaha dari pihak PKR dalam membawa masuk Ku Li sebagai penganti Anwar. Sila baca disini...

Politik Harian/Bro Jinggo

3 comments:

Anonymous said...

memang jelas... Dalam pada itu, balaci-balaci Anwar didalam PKR telah mula bersuara untuk ... Kepada 3A (Anwar – Azizah – Azmin) pulanglah ke pangkal jalan

Anonymous said...

politik PKR mmg kotor macam Anwar jugak! KOTOR!

Anonymous said...

betul jugak....