Thursday, October 14, 2021

Tular Video Lelaki Solat Di Tengah Jalan, Polis Trafik Turun Kawal Lalu Lintas


Sebuah video yang memaparkan tindakan seorang lelaki nekad bersolat di tengah jalan raya telah menjadi tular di media sosial.


Kejadian dipercayai berlaku di Jalan Kuching semalam.


Video yang berdurasi selama 29 saat itu memaparkan seorang lelaki sedang bersolat di atas jalan raya sambil tidak menghiraukan keadaan sekeliling.

Ebit Lew Kembali Melakukan Kerja Amal Termasuk Ziarah Elyana



Pendakwah terkenal, Ebit Lew sebak apabila dapat menziarah penyanyi Elyana yang sudah 10 tahun menghidap kanser Limfoma dan baru sahaja menjalani sesi kedua kimoterapi. 


Ramai yang meluahkan rasa simpati dan mendoakan untuk penyanyi lagu 'Kalis Rindu' ini termasuk Ustaz Ebit. Pendakwah ini dilihat telah mengunjungi rumah Elyana. 

Hairul Azreen & Hanis Zalikha ‘holiday’ ke pulau naik helikopter level kayangan - Netizen

 


Tidak perlu berpusu-pusu menempah tiket penerbangan untuk bercuti sejak rentas negeri dibenarkan, pasangan selebriti Hairul Adzreen dan Hanis Zalikha mencuri perhatian netizen dengan menampilkan percutian mewah penuh bergaya.


Sejak semalam tular video pasangan selebriti, Hanis dan Hairul yang membawa anak-anaknya bagi menikmati percutian tanpa perlu bersesak-sesak di lapangan terbang.


Difahamkan Hairul menempah sebuah helikopter untuk percutian ke sebuah pulau.

Wednesday, October 13, 2021

Rumah Tangga Bergolak - Siti Saleha Fail Kes Perceraian.



Pelakon jelita, Siti Saleha,  mengesahkan dia sudah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Ahmad Lutfi Azhar. Menurut kata Saleha, ia dilakukan atas kebenaran mahkamah.


“Yes, saya failkan kes cerai atas kebenaran mahkamah. Selanjutnya, saya tak mahu komen. Terima kasih,” katanya kepada media hari ini.

Pelakon 'Budak Pailang' mohon maaf, tak mahu komen isu dadah.



Pelakon filem Budak Pailang, Muhamad Niezam Mohd. Zaidi, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, Perak, hari ini atas tuduhan memiliki dadah, beliau menganggap ada hikmah tersendiri di atas apa yang berlaku.


“Assalamualaikum semua, saya minta maaf jika ada salah dan silap saya pada kalian semua.”

Pelakon filem ‘Budak Pailang’ mengaku bersalah miliki dadah

 


Pelakon filem Budak Pailang, Muhamad Niezam Mohd. Zaidi, 29, dan pengarah, penolong pengarah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar atas tuduhan memiliki dadah.


Muhamad Niezam, 29, bersama pengarah Mohd Latif Zami, 49, dan penolong pengarah Saiful Zaidrin Ismail, 43, mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah jenis cannabis dan methamphetamine.

Tuesday, October 12, 2021

Khairy Jamaluddin terima ucapan penghargaan daripada Ketua Pengarah WHO




Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerima ucapan penghargaan daripada Ketua Pengarah Pertubuhan kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus.


Dr Tedros menyampaikan ucapan terima kasih kepada Khairy atas kepimpinan dan galakan untuk menyuarakan mengenai isu kesihatan mental.

WHO DG thanks Khairy for encouraging M'sians to talk about mental health




Health Minister Khairy Jamaluddin has been acknowledged for encouraging Malaysians to talk about mental health by Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus.


The World Health Organisation (WHO) director-general reached out on Twitter to thank Khairy for his leadership in encouraging Malaysians Malaysians to talk about mental health.

Tahniah Shahril Hamdan dilantik sebagai Pengarah Ekonomi PMO.

 


Tahniah Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan dilantik menjadi Pengarah Ekonomi Pejabat Perdana Menteri (PMO). 


Surat pelantikan disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Pelantikan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan sebagai Pengarah Ekonomi Pejabat Perdana Menteri menjadi tular selepas gambarnya tersebar dalam media sosial bersama PM.

Ahmad Faizal (Peja) nafi telah kahwin dengan Erra Fazira!



Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan beliau merupakan ahli politik yang dikaitkan dengan khabar angin telah berkahwin dengan selebriti terkenal, Erra Fazira.


"Tak betul," jelas Ahmad Faizal yang juga Ahli Parlimen Tambun kepada Media.


“(Selama) 51 tahun hidup, saya pertama kali dapat soalan begitu dan saya sebenarnya pernah bernikah sekali. Itu pun dengan isteri saya dan saya amat bahagia dengan isteri dan anak-anak saya” katanya.

Monday, October 11, 2021

Erra Fazira jadi isteri kedua ahli politik… Betulkah Peja?

 

Kecoh di Twitter apabila nama, Erra Fazira kembali menjadi sebutan di media sosial sejak semalam selepas terdapat khabar angin dia telah kembali menjadi isteri.


Menerusi perkongsian seorang netizen di Twitter, Erra, 47, dikatakan menjadi isteri kedua kepada seorang ahli politik.


Namun netizen itu mempersoalkan sama ada isteri pertama kepada ahli politik tersebut tahu tentang perkara itu atau tidak.

Ini Jawapan KJ Dua Kali Buat “Spot Check” dan Rentas Negeri!


Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberi penjelasan buat “spot Check” dua kali di hospital, ini kerana beliau ingin mengetahui keadaan dan situasi di hospital tersebut.


Terdahulu beliau membuat lawatan mengejut ke Hospital Kajang, Selangor baru-baru ini, sekali lagi melakukan perkara yang sama di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban.


Mengulas kebenaran rentas negeri diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ahad., Khairy berkata, tanggungjawab kini terletak pada anda, rakyat Malaysia!

Sunday, October 10, 2021

Rentas negeri dibenarkan bermula esok

 


Kerajaan memberi kebenaran rentas negeri kepada individu lengkap vaksinasi bermula esok, selepas kelonggaran kebenaran merentas negeri yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.


Menurut Ismail Sabri, peratusan rakyat Malaysia dewasa yang lengkap divaksinasi telah mencapai 90 peratus.

Shuk Sahar Buat Hal Lagi… Rossa Sera Akui Sudah Putus Asa!



Rumah tangga pelawak Shuk Sahar dan isterinya Rossa Sera kembali bergolak apabila Rossa memuat naik luahan perasaan di Insta Story baru-baru ini.


Menerusi entri tersebut, Rossa mengakui sudah tidak kuat lagi untuk melalui perkara yang sama serta reda di atas apa yang terjadi.

Saturday, October 9, 2021

KJ Buat Lawatan Mengejut di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban


Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini meluangkan masa bagi mengadakan lawatan mengejut di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.


Menurut perkongsian salah seorang petugas HTJ, Ahli Parlimen Rembau itu difahamkan meluangkan hampir satu jam di hospital berkenaan.

Tuesday, October 5, 2021

DUN Melaka bubar, pilihan raya dalam tempoh 60 hari!

 


MELAKA: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, mengambil langkah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) mulai semalam, dalam usaha menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.


Pembubaran DUN Melaka itu dibuat selepas Sulaiman hilang majoriti sokongan, susulan tindakan empat ADUN daripada blok kerajaan, menarik sokongan terhadap kepemimpinannya semalam.

Monday, October 4, 2021

Sah! Kerajaan Negeri Melaka tumbang

 


MELAKA – Situasi politik di negeri ini kembali panas apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan mengumumkan hilang kepercayaan kepada kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.


Pengumuman itu dibuat dalam sidang media yang diketuai ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron petang tadi.


Turut hadir dalam sidang media itu Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas – Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas).


Saturday, October 2, 2021

Kebakaran Besar di Kampung Baru Karak, 30 Kediaman, Rumah Kedai Musnah!



Lebih 30 kediaman dan rumah kedai musnah dalam kebakaran besar di Kampung Baru Karak di Karak, malam tadi.


Kejadian bermula kira-kira pukul 9.30 malam itu.


Difahamkan deretan rumah di lorong satu, dua dan tiga di penempatan kampung baru Cina berkenaan musnah akibat api yang marak begitu cepat.


Sehingga pukul 12 tengah malam, pasukan bomba masih berusaha memadamkkan kebakaran dengan melakukan tumpuan di lorong empat dan bahagian premis kedai di hadapan jalan besar bagi mengelakkan api terus marak ke rumah lain.

Friday, October 1, 2021

Lokman didakwa dua pertuduhan di bawah Ordinan Darurat

 


Datuk Lokman Noor Adam hari ini didakwa di Mahkamah Siber bagi dua pertuduhan susulan kenyataan fitnahnya sebelum ini. Terdahulu Lokman diterima menjadi ahli UMNO semula.


Lokman yang juga pengikut setia bekas Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak itu berdepan pertuduhan bawah Ordinan Darurat susulan kenyataannya berhubung kematian anggota polis dan kemasukkan warga India ke dalam negara yang kononnya menjadi punca penularan Covid-19.

Thursday, September 30, 2021

Lobakman kembali ke pangkuan Umno?

 

Penerimaan semula bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Lokman Noor Adam untuk menjadi ahli parti itu semula adalah proses biasa.

Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan berkata mesyuarat Majlis Tertinggi Umno semalam membuat ketetapan untuk menerima semula Lokman tetapi hanya sebagai ahli biasa.

Anak Azmi Caliph Buskers meninggal dunia - “Tunggu kami di syurga ya”


Baru sahaja menimang cahaya mata sulung berusia tiga hari, anak vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat yang diberi nama Afnan disahkan meninggal dunia di sebuah hospital swasta, Kuala Lumpur.

Isnin lalu, penyanyi Caliph Buskers, Azmi Saat dan isteri, Nazira Muhammad merai penuh kesyukuran kehadiran cahaya mata lelaki Khairul Afnan.

Kejadian Cemas! Puting Beliung di Taman Bagan Kurnia, Chuah, Port Dickson


PORT DICKSON: Sebanyak 10 rumah di Taman Bagan Kurnia, Chuah, di sini, rosak akibat kejadian puting beliung yang melanda kawasan perumahan itu, pagi semalam.


Kejadian kira-kira jam 10 pagi itu turut mengakibatkan seorang wanita warga emas, Siti Mariam Abu, 86, cedera di kepala selepas siling rumahnya terjatuh.

Wednesday, September 29, 2021

Pernah Jadi Antivaksin Abang Siti Sarah Mohon Maaf Pada Frontliners!


Tiada kata yang dapat menggambarkan kekesalan Ahmad Firdous Raisuddin yang pernah membuat dakwaan tidak berasas kepada petugas kesihatan yang telah bertungkus-lumus membantu membendung penularan COVID-19.


Bahkan, tindakannya sebelum ini yang secara terang-terangan antivaksin amat dikesalinya selepas diuji dengan wabak berkenaan.


Kekesalan dan kesedihan juga tentu sekali tambah berganda buat Ahmad Firdous, 40, apabila COVID-19 turut meragut nyawa adik kesayangannya, Allahyarham Siti Sarah.

Ayda Jebat pilih nama anak Ana Nayla

 


Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat mendedahkan wajah cahaya mata sulungnya dan berkongsi nama penuh bayi perempuannya itu, di Instagram.

Menerusi hantaran sama, penyanyi lagu popular Pencuri Hati itu memilih nama cinta hati hati mereka Ana Nayla Ahmad Nabil.


Rusuhan hadapan Tokong, anggota polis diserang!


Polis menafikan sebuah tokong dirobohkan dalam satu insiden rusuhan yang menyaksikan kira-kira 30 individu lelaki dan wanita menyerang mesin jentolak dan anggota polis di Salak Selatan semalam.


Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, kejadian bermula apabila pihak Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kuala Lumpur menjalankan operasi untuk membina pagar penghadang bagi membina jalan untuk dijadikan laluan ke sekolah.


Tuesday, September 28, 2021

Lupa 'check-out' MySejahtera? KKM beri keterangan... Jangan risau, anda tak bermalam di restoran

 

Sejak fungsi "check-out" diperkenalkan pada aplikasi MySejahtera, ramai pengguna mengadu kekurangan ciri peringatan (reminder) menyebabkan mereka sering terlupa menggunakan fungsi itu meskipun telah lama mendaftar keluar dan meninggalkan sesuatu lokasi.


Ini menyebabkan ada pengguna Twitter mencipta akaun parodi MySejahtera untuk mengingatkan pengguna agar mendaftar keluar (check-out) setelah mereka meninggalkan sesuatu tempat.


Malah Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin juga secara berseloroh mengatakan dia juga pernah 'tidur' dalam pasar raya kerana lupa mendaftar keluar pada aplikasi berkenaan.

Pembantu Rumah Bekas Exco Telah Dirogol – Pegawai Penyiasat

 


IPOH – Seorang pegawai kanan polis memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bekas exco kerajaan negeri, Paul Yong Choo Kiong telah merogol pembantu rumahnya.


Pegawai penyiasat kes itu, Asisten Superintenden Yap Siew Cheng berkata, kenyataan itu adalah berdasarkan siasatan yang dilakukannya ke atas kes berkenaan.

Peguam Tegaskan Kes Adib Belum Berakhir!

 

Peguam Aidil Khalid yang mewakili keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim menegaskan perbicaraan membabitkan anggota bomba yang terbunuh dalam tragedi rusuhan kira-kira tiga tahun lalu itu belum berakhir.


Dia juga mengkritik kenyataan Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin di parlimen yang mengatakan perbicaraan bagi mencari pembunuh Muhammad Adib telah berakhir pada 23 Sept.


Anwar Ibrahim sudah ‘move-on’ dan maafkan, tapi jangan ulang



KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kerajaan agar tidak mengulangi ‘kesilapan’ lalu yang boleh menyebabkan kepercayaan terhadap institusi penting negara terhakis.


Ketua Pembangkang itu mengaitkan kes membabitkan tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa terlibat dalam siasatan curi barang kes melibatkan seorang ketua jabatan bernilai AS$6 juta.

Thursday, September 23, 2021

KJ Sedia Meneliti Menurunkan Harga Kit Ujian Kendiri Covid-19


Kementerian Kesihatan (KKM) Menterinya, Khairy Jamaluddin sedia meneliti bagi menurunkan lagi harga kit ujian kendiri Covid-19 kepada kadar harga mampu milik.

Kerajaan Cadang Beri Rebat Untuk Laporan Ujian Kendiri - Khairy Jamaluddin


Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberitahu, pihaknya sedang meneliti untuk memberi rebat kepada individu yang melaporkan keputusan ujian kendiri agar dapat pelaporan yang lebih tinggi.

Saturday, September 18, 2021

Lawatan Spontan YB Menteri Kesihatan KJ ke Hospital Kajang


Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin tengah hari tadi meluangkan masa selama kira-kira sejam mengadakan lawatan secara mengejut di Hospital Kajang.


Beliau yang tiba jam 1.30 tengah hari bertemu dengan doktor, jururawat dan petugas kesihatan untuk mendapat gambaran sebenar keadaan di hospital terbabit.

Wednesday, September 15, 2021

KJ Jawab Soalan Isu Doktor Kontrak.


Soalan berkaitan doktor kontrak daripada YB Tangga Batu dijawab oleh YBM Khairy Jamaluddin di Dewan Rakyat tadi.


Sehingga kini, jumlah Pegawai Perubatan yang sedang berhidmat di KKM adalah seramai 55,981 orang:

• 32,885 orang pegawai tetap

• 23,096 orang pegawai kontrak

Monday, March 22, 2021

Kren Jatuh di SUKE, Tiga Pekerja Warga China Maut!


Kemal4ngan itu berlaku berhampiran sebuah kondominium di Persiaran Alam Damai, Cheras.

Friday, March 19, 2021

Rahsia Buat Duit Dengan Shopee! | Idea Jana Ratusan Ribu di Rumah!


Idea Jana ratusan ribu di rumah!


Ramai yang tahu apa itu Shopee, mungkin pernah berbelanja di Shopee, tapi tak ramai yang tahu bagaimana menjana pendapatan lumayan dengan Shopee.


Ayuh ikuti perkongsian dari 2 orang Usahawan yang telah berjaya menjana pendapatan bulanan yang lumayan melalui platfom Shopee.


Thursday, March 18, 2021

KJ Fasih Cakap Mandarin Selepas Menerima Vaksin Sinovac!


Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, YB Jamaluddin menjadi individu pertama di Malaysia menerima suntikan vaksin Covid-19 jenis #Sinovac​, di Hospital Rembau, Negeri Sembilan hari ini.

Wednesday, March 3, 2021

Van Kilang dihempap Jejambat Lebuh Raya Runtuh! - Projek Lebuhraya Bertingkat SUKE


Jejambat projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Desa Tun Razak, di sini, runtuh selepas sebuah lori membawa jengkaut melanggar binaan terbabit, hari ini.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, akibat kemalangan itu, runtuhan binaan jatuh ke atas sebuah van kilang yang datang dari arah pusat bandar yang dinaiki antara empat atau lima orang.


Katanya, setakat ini, status mangsa belum diketahui.

Wednesday, February 24, 2021

KJ Jawab Soalan Tentang Vaksin Bagi Semua Faham!


Diskusi lanjut tentang VAKSIN COVID-19 bersama YB Khairy Jamaluddin Menteri Sains, Teknologi & Inovasi.

Sunday, February 21, 2021

Vaksin COVID-19 Pertama Tiba Di Malaysia.


Detik bersejarah berlaku kira-kira 10 pagi apabila kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui penerbangan Malaysia Airlines MH604 dengan menggunakan pesawat Airbus 330-300 yang dikendalikan oleh MABkargo Sdn. Bhd (MASKargo).

Monday, February 8, 2021

KJ Hantar Bantuan Laptop Ke Rumah Pelajar-Pelajar IPT


Memahami kesukaran pelajar IPT yang kurang berkemampuan Ahli Parlimen Rembau mengambil inisiatif menerusi #DigitalRembau menyalurkan bantuan laptop kapada para pelajar di Rembau bagi membantu mereka mengikuti pembelajaran dalam talian dengan lebih efektif dan selesa.


#KhairyKJ

Monday, February 1, 2021

Rupanya Ini Yang KJ Buat Di Rembau Buat Ramai Terkejut!


Menerusi Digital Rembau, 3 inisiatif utama diperkenalkan bagi menggalakkan pembudayaan digital & teknologi dalam kehidupan harian serta peralihan kapada komuniti tanpa tunai.


Komuniti Tanpa Tunai

Bantuan Komputer Riba & Tablet

Infak & Derma Tanpa Tunai


Untuk maklumat lanjut layari www.digitalrembau.com

Subhanallah Satu Kampung Ustaz Ebit Islamkan


Pendakwah terkenal dengan pelbagai kerja kebajikan, Ustaz Ebit Lew hari ini berjaya menarik komuniti suku Bajau Laut atau Gipsi Laut di Pulau Tatagan, Semporna untuk memeluk Islam.


Menerusi perkongsian di laman Facebooknya sebentar tadi, Ustaz Ebit berkata mereka yang tinggal di dalam bot atau pondok kecil di atas laut itu tampil sukarela mengucap syahadah.

Saturday, January 30, 2021

AMARAN Kedua Anonymous Malaysia | Penjualan Data Peribadi Secara Haram


Kumpulan penggodam Anonymous Malaysia muncul dengan mesej kedua, amar4n yang ditujukan kepada kerajaan dan rakyat Malaysia mengenai kebocoran data yang semakin berleluasa.


Mesej ini muncul tiga hari selepas Anonymous memuat naik mesej pertama berkaitan perkara yang sama.


Hacker group Anonymous Malaysia has issued a second warning of a planned cyberattack on government websites and online assets called #OpsWakeUp21​

Wednesday, January 27, 2021

Zarina Anjoulie Sah Bercerai Selepas 6 Bulan Berkahwin


Satu hantaran yang dimuat naik bekas pelakon, Zarina Anjoulie dalam Instagram miliknya hari ini mencetuskan tanda tanya selepas memberi bayangan bahawa dia telah bercerai dengan suaminya, Eilyas Azhar atau Yas.

Individu Cetus Provokasi Mohon Maaf Kepada PDRM | Tuduh P0L1S Tendang Motosikal!


Tuduh P0L1S Tendang Motosikal. Individu tebabit yang mencetuskan PR0V0KASI di Tanjung Tokong Mohon Maaf Kepada PDRM.

ANONYMOUS Malaysia Beri AMARAN Kepada Kerajaan! | "Dah Lama Kami Diam".


Sekumpulan aktivis penggodam dikenali sebagai Anonymous Malaysia muncul kembali selepas lebih lima tahun dan menjanjikan serangan siber terhadap laman web kerajaan dan aset dalam talian yang disebut #OpsWakeUp21.

Monday, January 25, 2021

Skandal Syuk Tampil Beri Penjelasan! Fara Salleh Mengaku Hubungan Cinta Dengan Shuk Sudah Berakhir


Fara Salleh Mengaku Hubungan Cinta Dengan Shuk Sudah Berakhir

Ketua Pengedar Dadah Bersama Teman Wanita Di Cekup! - Ayob Khan


Johor Bahru: Seramai 13 individu termasuk ketua sindiket akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, esok, susulan tangkapan yang membawa kepada rampasan dadah terbesar di Johor bernilai lebih RM 320 juta.

Friday, January 22, 2021

Tengok Skill Menembak Tengku Hassanal ft Tengku Ahmad Ismail | Shooting Practice


Tengku Mahkota Pahang, Pemangku Raja Pahang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah with Tengku Panglima Muda Pahang, YAM Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah.

Thursday, January 21, 2021

Isteri Nazri Aziz Bergelang Pink Di Pantai!


‘Itu pantai persendirian saya’, kata isteri Nazri Aziz selepas tular video ke pantai memakai ‘gelang pink’.