POLITIK HARIAN: Edisi Menunggu Sahur: Takbir Cinta Lagu Dakwah Amy Search

Friday, August 5, 2011

Edisi Menunggu Sahur: Takbir Cinta Lagu Dakwah Amy Search


Cukup-cukuplah korang tengok foto anak Ahli Parlimen berbikini tu... sampai sekarang aku tengok masih ada yang mebelek-belek foto tu.. dah la.. nak sahur ni.. besok nak puasa... Jom layan cerita Amy Search peeeewwiiiiiiiiitt!

SELAMA 30 tahun bergelar anak seni, Amy Search mengaku dia tidak pernah menghasilkan lagu atau album khas sempena Ramadan.

Bagaimanapun impian Amy Search atau Suhaimi Abdul Rahman untuk menghasilkan lagu berunsur dakwah berjaya direalisasikan sempena Ramadan ini bersama Yasin atau Muhammad Yasin Sulaiman, 35, pelantun lagu Mimpi Laila.

Bercerita mengenai kerjasama bersama Yassin, Amy berkata, hasrat itusudah lama terpendam cuma tidak berkesempatan untuk berbincang lanjut.

Justeru, sewaktu bertemu Yassin di konsert Maher Zain Oktober tahun lalu, Amy menyatakan hasratnya itu. Tidak lama kemudian terus menghasilkan lagu Takbir Cinta.

"Pertama kali mendengar demo Takbir Cinta saya terus setuju untuk merakamkannya. Namun proses rakaman mengambil masa agak lama. Hampir tiga bulan kerana rakaman dibuat berulang kali sehingga kami puas hati.

"Lagu Takbir Cinta ini istimewa sebab ia khas untuk bulan Ramadan yang mulia ini. Liriknya bertepatan sekali dengan mesej yang ingin disampaikan," katanya Amy.

Menyingkap pengalaman dengan Yasin, Amy berkata, sememangnya dia memilih untuk bekerjasama dengan penyanyi merangkap komposer itu kerana suka dengan elemen world music yang ditampilkan oleh penyanyi nasyid kontemporari itu.

"Satu kepuasan bagi saya apabila bekerja dengan Yasin kerana apa yang saya mahu dia mampu terjemahkannya dengan baik.

"Maka itulah, selain diperdengarkan di corong radio, Takbir Cinta yang berentak balada rock world music itu juga boleh didapati menerusi belian ring back tone," ujar Amy yang berduet dengan Yasin dalam single itu.

Setelah berduet dengan Yasin, Amy kini merancang untuk berduet dengan vokalis kumpulan Dewa, Ahmad Dhani dari Indonesia untuk single dakwahnya yang kedua, Jika Syurga dan Neraka Tak Pernah Ada.

Apabila ditanya mengapa Ahmad Dhani menjadi pilihan, tanpa teragak-agak Amy berkata: "Saya memang berkawan dengan Ahmad Dhani dan buat masa ini kami menunggu waktu yang sesuai untuk merakamkan lagu tersebut."

Jika Syurga dan Neraka Tak Pernah Ada adalah lagu ciptaan Ahmad Dhani. Rakaman lagu berentak moderate itu akan dilakukan di Indonesia.

Terharu aku tengok Amy Search Adzan Maghrib di TV td... Syabas Amy Papa Rock!

1 comment:

Anonymous said...

selamat bersahur big bro...