Wednesday, August 3, 2011

Ku Li Ganti Anwar, Nik Aziz Dicabar Buat Kenyataan Terbuka


Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mencabar Nik Abdul Aziz membuat satu kenyataan rasmi bagi mencabar fakta tersebut dan bukannya berselindung di sebalik nota di laman sosial Facebook.

Beliau berkata, sebagai individu yang tahu hukum-hakam agama dan ditambah lagi dengan kedatangan Ramadan yang suci ini, Nik Abdul Aziz sepatutnya bercakap benar berhubung isu yang didedahkannya sebelum ini.

Pendedahkan gambar Nik Aziz didalam perbincangan bersama anak-anak pemimpin UMNO berhubung perancangan melantik Ku Li ganti Anwar

Pertemuan antara Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Tengku Razaleigh Hamzah berhubung pelawaan pembangkang agar Ahli Parlimen Gua Musang itu menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang memang benar-benar berlaku.

Kebarangkalian Anwar disabitkan bersalah dalam kes liwatnya melibatkan bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan serta isu rakaman video seks membabitkan seorang pelacur, para pemimpin pembangkang terpaksa mencari pengganti Anwar.kebarangkalian Anwar disabitkan bersalah dalam kes liwatnya melibatkan bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan serta isu rakaman video seks membabitkan seorang pelacur, para pemimpin pembangkang terpaksa mencari pengganti Anwar.

Kita tunggu sahaja Pok Nik sahut cabaran Zahrain!

2 comments:

Anonymous said...

nik aziz tak perlu sembunyikan perkara yg baik ini....

Anonymous said...

Usaha pembangkang ‘memikat’ Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah untuk memegang jawatan Ketua Pembangkang jelas menunjukkan satu penghinaan kepada kepimpinan utama mereka sendiri khususnya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hadi merupakan seorang pemimpin yang diwar-warkan sebagai salah seorang pemimpin Islam hebat dan berkarisma oleh penyokonng beliau di seluruh ceruk di rantau ini hinggakan beliau seolah-olah seorang pemimpin yang sukar dicari ganti.